Pakatan Politik di
Sarawak
u Di Sarawak,
komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti, malah lebih
kompleks daripada di Semenanjung dengan jumlah sekitar 30 suku kaumnya.
u Di Sarawak,
pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia pada
tahun 1963.
u Kewujudan SUPP
menjadi inspirasi kepada etnik bumiputera untuk turut menubuhkan parti
masing-masing yang dapat memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan aspirasi
bumiputera.
u Cadangan
penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan penubuhan beberapa parti
etnik
u Bagi etnik
Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik dan kawasan.
u Dalam konteks
etnik Cina pula, SUPP telah diundang menyertai kerajaan campuran BN selepas
pilihan raya umum pada tahun 1969 hingga tahun 1971.
u Selama lebih 30
tahun selepas penubuhan Parti Bumiputera, kemunculan beberapa parti baharu
Melayu dan Melanau tidak berjaya menggugat kedudukan politik Melayu dan
Melanau.
u Sebelum tahun
1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP dan Pesaka sebelum penubuhan
Malaysia, namun kini etnik terbabit menyertai semua parti politik, sama ada BN
atau parti pembangkang.
u Parti Rakyat
Sarawak (PRS) dan SNAP mengalami masalah dalaman