Monday, March 14, 2016

Kesimpulan

Kesimpulan


u Pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita berjaya mengukir kejayaan dalam pelbagai bidang dan mencapai perpaduan kerana rakyat pelbagai kaum bersedia untuk menjalin kerjasama, berkongsi kuasa dan permuafakatan dari segi politik.
u Parti politik yang mewakili pelbagai kaum membentuk kesepakatan, baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang.
u Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta akomodasi antara kaum dan pelbagai parti politik merupakan tonggak keutuhan dan survival negara ini.


Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin

Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin

u Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada jangkaan ramai, rakyat lebih memihak kepada pembangkang dan menolak BN yang disifatkan sebagai tsunami politik.
u Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai kaum.
u Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan bercampur, yang satusatu etnik bukan majoriti menyaksikan calon BN mengalami kekalahan sedangkan sebelumnya kawasan sedemikian merupakan kubu kuat BN.
u Bagi kawasan yang didominasi kaum Cina pula, sokongan terhadap BN adalah rendah.
u Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai kaum.
u Semakin ramai orang Cina dan India di sesuatu kawasan, semakin rendah pula sokongan mereka terhadap BN.
u Sokongan orang Melayu terhadap PKR kian meningkat di kawasan yang mempunyai ramai pengundi Melayu.

u Kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga dan kejayaan Sarawak dan Sabah menjadi kubu kuat

Perubahan Trend dan Corak Pengundian

Perubahan Trend dan Corak Pengundian
u Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan trend dan corak pengundian yang berbeza daripada pilihan raya sebelumnya, iaitu BN menguasai majoriti kerusi tanpa banyak cabaran, kecuali bagi pilihan raya 1969.
u Terdapat pemimpin dan parti politik yang memanipulasi isu perkauman untuk meraih undi kerana strategi sedemikian mudah memancing emosi pengundi kaum terbabit, apatah lagi jika yang disentuh itu membabitkan hak dan kepentingan kaum berkenaan seperti agama, bahasa, ekonomi dan pendidikan.
u Pengundi lebih berminat dengan isu yang lebih besar dan utama membabitkan tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan bersuara, keadilan dan seumpamanya.

u Perubahan tersebut sedikit sebanyak menggambarkan perubahan dari segi kematangan demokrasi dan berpolitik dalam kalangan rakyat.

Tsunami Politik: Politik Perkauman Semakin Mengendur

Tsunami Politik: Politik Perkauman Semakin Mengendur


u Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 disertai lebih daripada 20 parti politik yang menyaksikan BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
u Dalam pilihan raya tahun 2008, BN hanya menguasai 140 atau memperoleh 63 peratus kerusi termasuk lapan kerusi dimenangi tanpa dicabar, manakala pembangkang memenangi 82 kerusi bersamaan 37 peratus daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

u Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 24 daripada 25 kerusi manakala di Sarawak 27 daripada 28 kerusi.

Pakatan Politik di Sarawak

Pakatan Politik di Sarawak


u Di Sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti, malah lebih kompleks daripada di Semenanjung dengan jumlah sekitar 30 suku kaumnya.
u Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
u Kewujudan SUPP menjadi inspirasi kepada etnik bumiputera untuk turut menubuhkan parti masing-masing yang dapat memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan aspirasi bumiputera.
u Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan penubuhan beberapa parti etnik
u Bagi etnik Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik dan kawasan.
u Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah diundang menyertai kerajaan campuran BN selepas pilihan raya umum pada tahun 1969 hingga tahun 1971.
u Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan Parti Bumiputera, kemunculan beberapa parti baharu Melayu dan Melanau tidak berjaya menggugat kedudukan politik Melayu dan Melanau.
u Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP dan Pesaka sebelum penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit menyertai semua parti politik, sama ada BN atau parti pembangkang.

u Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SNAP mengalami masalah dalaman

Pakatan Politik di Sabah dan Sarawak

Pakatan Politik di Sabah dan Sarawak


·       Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti politik yang mewakili etnik masing-      masing, terutamanya menjelang pembentukan Persekutuan Malaysia.
·       Politik Sabah dan Sarawak lebih kompleks daripada di Semenanjung.

·       Gabungan sedemikian penting untuk menjamin kestabilan dan memastikan suara      semua etnik diwakili.

Pakatan politik di Sabah

       Pakatan politik di Sabah


-          Tidak terdapat kelompok dominan dari segi saiz penduduk
-          4 kelompok bumiputera tidak jauh berbeza dari segi peratusnya
¯Kadazan Dusun merupakan etnik terbesar : 24.8%
¯  Peribumi lain : 20.6
¯  Kaum Bajau : 18.5%
¯  Etnik Melayu : 18.5

-          Etnik bumiputera terpisah berasaskan etnik dan agama
-          UNKO (1961) – Donald Stephens (Tun Fuad Stephens) – menyatupadukan masyarakat       kadazan dusun dan bumiputera bukan Islam
-          USNO (Dis 1961) – Tun Dato’ Mustapha Dato’ Harun- mewakili etnik Bajau, Suluk,         dan etnik lain
-          SCA (Sabah Chinese Association)
-          Pasok Momogun (1962) – G. S. Sundang
-          PM bersaing dengan UNKO untuk mendapatkan sokongan bumiputera bukan Islam
-          Perikatan Sabah pada peringkat awal – USNO, UNKO, UPKO, SANAP/SCA dan              Sabah Indian Congress
-          Pilihan raya pertama bagi memilih wakil kerajaan tempatan pada April 1967
-          Kerajaan negeri pertama adalah dibawah pemerintahan USNO-SCA
                       UMNO mula bertapak pada awal dekad 1990